07/10/2010
Terjemahan 4: Istimewanya Pokok di Taman Mini.
Istimewanya Pokok di Taman Mini

Pokok Renek.

Pokok Renek.
Murid-murid Tahun tiga Anggerik keluar dari kelas mereka. Mereka ke taman mini sekolah. Cikgu Laila mahu mereka melukis tumbuh-tumbuhan.
“Tumbuhan apa yang perlu kami lukis, cikgu?” tanya Pamela. Dia ketua kelas.
“Cikgu mahu kamu semua melukis pokok renek.”
“Pokok renek itu pokok apa, cikgu?” tanya Deepa.
“Pokok renek ialah pokok yang rendah dan berbatang kecil. Ada yang berbunga dan ada yang tidak berbunga.” Cikgu Laila memberikan penjelasan. Beliau guru mata pelajaran Sains.
“Cikgu, mengapakah banyak pokok renek yang ditanam di kawasan sekolah kita berbanding dengan pokok yang lain,” tanya Murid pula.
“Pokok renek mudah dijaga dan lebih cantik. Contohnya pokok puding ini. Pokok ini cantik kerana daunnya yang pelbagai warna. Pokok kertas itu pula mudah dibentuk kerana dahannya yang kecil dan lembut,” kata Cikgu Laila.
Translation: A Special Plant in the Mini Garden.
The third year students from Class Orchid go out from their class. They go to the school’s mini-park. Ms. Laila wants them to draw some plants.
“What plants would you like us to draw?”, said Pamela. She was the leader of the class.
“I want you to draw a shrub, a bush…”
“Teacher, what is a shrub?”
“A shrub is a short plant which has small stems. There are some which flower and some which do not flower.” Ms. Laila explained about the shrub. She was a teacher of Science.
“Teacher, why have a lot of shrubs been planted here, instead of other plants? “The shrub is easy to keep and very beautiful. For example, look at this ‘pokok puding’ (below, bottom).
This shrub is beautiful because it has leaves of several colours. The ‘pokok kertas’ bush is easy to keep too because it’s branches are small and soft”, said Ms. Laila.
Soalan dan jawapan.
1. Ke manakah murid-murid Tahun 3 Anggerik itu pergi?
Murid-murid Tahun 3 Anggerik itu pergi ke taman mini sekolah
2. Apakah tumbuhan yang perlu dilukis oleh murid-murid Tahun 3 Anggerik?
Tumbuhan yang perlu dilukis oleh Tahun 3 Anggerik ialah
melukis pokok renek.”
3. Mengapakah pokok renek banyak ditanam di kawasan sekolah?
Pokok renek banyak ditanam di kawasan sekolah kerana pokok ini mudah dijaga dan lebih cantik

Pokok Puding.